Total Pageviews

Thursday, December 9, 2010

Konvokesyen PraSekolah ( 2010 )

Sudah Tamat Sekolah...Seronoknya.....

Inilah persembahan nyanyian anakku semasa Hari Konvokesyen PraSekolah SK Taman Muda, Cheras pada 10 haribulan November 2010.

Anakku..Safirah di barisan hadapan sekali sebelah kanan..memakai tudung ungu..kalau diikutkan dia paling kecil di antara kawan2nya...Maklumlah dia ni..memang susah nak makan..kalau makan mesti bertambah2 tapi tidak juga besar-besar...



Sila buat barisan...luruskan tangan dan pegang bahu kawan di hadapan..hehehe...kalau tidak sijil dan hadiah tidak dapat...kata Cikgu kelasnya sambil bergurau...


Lihat cantikan gambar konvo Safirah....Bertambah seronok lagi dapat sijil dan alat-alat tulis...
Bolehlah pakai tahun depan...Seronoknya....


Nur Safirah dan Mohd Aizat bergambar selepas penyampaian sijil....Untuk Kenangan...

Lagu penutupan : Rasa Sayang..sayang hey...menutup tirai prasekolah bagi sesi 2010...Di nyanyikan oleh semua hadirin yang hadir...Kepada semua murid2 agar dapat menempuhi alam persekolahan tahun hadapan dengan jayanya dan penuh keyakinan untuk memasuki alam baru...tahun 2011..

No comments: