Total Pageviews

Friday, October 1, 2010

MENYAMBUT HARI RAYA DI PERAK, AIR ITAM

Aku dan keluarga menyambut hari lembaran tahun 2010 di Perak, Air Itam Teluk Intan.Tahun nie sebenarnya aku berhari raya di Kelantan disebabkan isteriku hanya tunggu hari untuk bersalin anak yang ke - 4, aku pun telah buat keputusan untuk berhari raya di sebelah isteriku..Ayah, Ibu ampunkanlah anakmu, halalkan makan dan minum sepanjang diri ini disamamu...Insyaallah Raya Haji kami sekeluarga akan beraya di sana...Tumpat.

Macam biasa aku bangun 06:00 pagi...buat rukun wajib dulu sebelum pergi solat aidilfitri. Hari nie hari Jumaat, suasana pagi sungguh sejuk al maklumlah duduk kampung..dengan keadaan yang masih gelap walaupun waktu jam di dinding hampir 07:40 pagi...Aku dari awal lagi dah bersiap dengan baju raya baru berwarna biru dan berkain sampin hitam..sambil menunggu yang lain bersiap ke Masjid..Tiba-tiba hujan turun dengan selebatnya serta angin yang kuat...aku mula termenung dengan perut beralaskan lemang sepotong yang ditelan di awal pagi tadi...Jam di tangan hampir 08:00 pagi hujan masih mencurah-curah jatuh ke bumi...Aku terus mencapai kunci kereta dan menghidupnya....bergerak ke masjid bersama kakak ipar dan ibu mertuaku..Boleh dikatakan banjir lah...bila aku sampai di perkarangan masjid...tapi aku redah aje....

Kesimpulannya aku dapat menunaikan ibadat sunat aidilfitri dengan sempurna dan bermaaf-maafan di pagi 1 syawal...

No comments: